Thursday 7 February 2013

Hak Keatas Penjagaan Yaya Dinafikan

Shah Alam, 7 Feb. Keputusan mahkamah syariah hari ini telah memutuskan hak penjagaan terhadap Yaya sepenuhnya kepada bapa saudara tiri belah mak angkat beliau iaitu Firdaus Abd Manaf @ Periadot telah dinafikan sekeras-kerasnya oleh bapa kandung beliau iaitu Tumis Budu cap Ketereh semalam.

Yayarita atau panggilan manja beliau yaya 6 tahun 9 bulan kini tinggal bersama Periadot setelah diserahkan oleh bapa kandungnya yang tidak sanggup lagi melayan karenah beliau. Namun demikian, hak kebebasan keatas yaya dinafikan oleh mereka berdua.

Yayarita telah tinggal bersama Periadot hampir selama 4 hari kerana tidak sanggup untuk menjaga yaya lagi. Akhirnya, semalam yaya telah diserahkan semula kepada bapa kandung beliau iaitu Tumis budu. Kini yaya dalam keadaan dilema, trauma dan sedikit tertekan.